Bakal akhiri zaman duda - pelakon senior Datuk Jalaludin Hassan - RAYBAN

Breaking

RAYBAN

Spread all information

test banner

Post Top Ad

Tuesday, October 10, 2017

Bakal akhiri zaman duda - pelakon senior Datuk Jalaludin Hassan

9 Okt. - Hanya dengan ucapan 'Selamat Menyambut Bulan Ramadan ' yang dikirimkan menerusi laman sosial Facebook pada bulan Ramadan lalu, menjadi titip permulaan di antara pelakon senior Datuk Jalaludin Hassan dengan seorang wanita berusia 44 tahun.



Bagaimanapun aktor berusia 63 tahun itu mahu memikirkan soal berkahwin hanya selepas genap setahun pemergian isterinya, Datin Hasimah Mat Ehsan yang meninggal dunia November tahun lalu. 

"Semasa saya buat solat sunat stikarah,  saya terlihat bayangan ciri-ciri arwah isteri ada pada wanita itu. 

"Anak-anak tidak menghalang malah turut menasihati saya untuk berkahwin lagi kerana tahu tentang keadan diri yang memerlukan seseorang untuk menjaga saya. 
"Malah tiap kali ayah (Tan Sri Hassan Azhari)  jumpa saya,  dia akan menangis menyuruh untuk buka pintu hati untuk orang lain," katanya kepada UTUSAN ONLINE. 

"Insyallah,  kalau jodoh kami panjang,  saya tak berhajat nak buat majlis yang besar. Sederhana cukuplah dan dahulukan perkara wajib. 
"Saya bertemu kali pertama dengannya pada acara rumah terbuka Aidilfitri lalu atas undangn teman rapat.  Rupa-rupanya dia adik kepada rakan baik saya.
"Kalau boleh ayah nak saya kahwin bulan ini (Oktober)  tapi saya mohon padanya untuk cukupkan setahun pemergian arwah isteri kemudian baru lah fikir langkah seterusnya, " ulasnya.


SUMBER

utusan

No comments:

Post Top Ad